Blogger Backgrounds

Thursday, 15 November 2012

I MISS YOU... I LOVE YOU...


I MISS YOU... I LOVE YOU...



Inilah sebahagian daripada ayat yang sering dituturkan mareka yang sedang ‘mabuk cinta’ …
‘CINTA’… Ia memang mudah diungkapkan ,, tetapi , adakah kita semua jelas & memahami akan makna sebaliknya ?

CINTA sebenarnya adalah ‘MAHABBAH’ yang bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan . Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yang lahir daripada hati nurani yang luhur & suci , tidak boleh dipaksa serta dibeli degan wang ringgit .

Dalam tasawuf ‘ MAHABBAH’ bererti patuh kepada ALLAH & membenci perbuatan yang menyalahi perintah-Nya.Tentang cinta-menyintai ini , ALLAH berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud..

“ ALLAH akan mendatangkan satu kaum yang ALLAH cintai mereka & mereka pun mencintai-Nya..” ( Surah Al-Maidah , Ayat 54 )

“ Jika kamu benar2 mencintai ALLAH , ikutilah Aku , nescaya Aku akan mengasihi & mengampuni dosamu .. ” ( Surah Al-Imran , Ayat 31 )

Ternyata , walau macammana sekalipun , Cinta kpd ALLAH sepatutnya didahulukan . Ini kerana , Apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yang sebenarnya . InsyaALLAH , kita akan dapat membezakan yang mana Intan & yang mana Kaca .

Falsafah ada mengatakan ‘ Cinta diri sendiri , sebelum memberi Cinta kepada Orang lain ‘

Secara jujur , seorang lelaki yang sememangnya jatuh Cinta kepada seorang perempuan yang diminati akan menunjukkan sikap , sifat setia , penampilan yang menyakinkan kepada insan yang dicintai … Tetapi berhati-hatilah , kerana daripada sikap yang penuh sopan itu , kekadang penuh dengan Kepura-puraan ….

CINTAILAH ALLAH MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YANG ABADI & HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DENGAN NIKMAT YANG TIDAK TERHINGGA

0 comments: